Sunday 19 February 2012

ya Allah :(

ya Allah ,,
aku tak tahan menanggung rindu padanya ..
aku tak tahan menanggung cinta untuknya ..
aku tak tahan menanggung derita kerananya ..

ya Allah ,,
telah sedaya upaya ku lakukan untuk melupai dia
tetapi kenapa cinta ini masih tidak berganjak ..
bahkan semakin hari semakin cinta aku padanya ..

ya Allah ,,
telah lama aku bertahan untuknya ,,
telah lama aku hidup untuknya ,,
telah lama aku menunggu hadirnya ..

ya Allah ..
berikan aku sedikit kekuatan dalam diri ini ,,
agar kasih sayang yang ku suburkan untuknya dapat dia rasai ,,
agar dapat dia menghargai diriku sementara masih sempat ..

ya Allah ,,
sesungguhnya aku  tak mampu berfikir bagaimana nanti
bila dia pergi dari hidupku , jauh meninggalkan aku sendirian ..
aku tak mampu hidup tanpa bayangannya juga tanpa dirinya ..

ya Allah ,,
berikan aku petunjuk sama ada dia tercipta untukku ,,
sama ada dia juga mencintaiku seperti mana aku mencintainya ..
berikan aku waktu agar dapat bahagiakan dirinya yang ku sayang ..
aku sangat berharap agar dia adalah adam yang dikirimkan untukku ..

tetapi ya Allah ,,
seandainya dia bukan untuk diriku ,,
dia bukan pendamping syurgaku kelak ,,
kau tabahkanlah hatiku ,,
kau kuatkanlah keimananku,,
kau redhakanlah diriku untuk menerima takdirmu itu ya Allah ..


p/s: sesungguhnya tiada yang mampu merealisasikan impianku kecualiMU ya Allah ..

Saturday 18 February 2012

jiwa sang pencinta

Jiwa seorang pencinta setia terlalu halus..
mereka tidak pernah merasa mereka hebat..
tapi yang mereka tahu mereka setia dengan cinta...
biar duka jadi makanan setiap hari..
mereka tetap menelannya..
bukan ingin memperbodohkan diri
cuma mereka setia pada kata2 mereka..
mencintai biarpun tidak memiliki..
tapi bila hati mereka diguris dengan kata2 hina berulangkali
kata cinta tiba tiba terhenti buat selamanya.

Friday 17 February 2012

love never ends ..

A psychic Talking to a ghost..

PSYCHIC: why did you die?
GHOST: i was hit by a car trying to Save
Someone.
PSYCHIC: why?
GHOST: because i don't want him to get
hurt.
PSYCHIC: you really love him a lot cause
you've
sacrificed your own life just 4 him.
maybe he's sad now,because of your
death.
GHOST: no. he's very happy cause The
one that i saved is The girl that he
love.. :'(

yang berlalu ^_6

detik waktu semakin berlalu ,,
meninggalkan segalanya ke belakang ,,
tanpa sempat kita kembalikan keindahan dulu ..

apabila jarum jam sudah berlalu ,,
jangan berharap akan ada kesempatan untuk berputar lagi ,,
mungkin takkan pernah ada lagi ,,
yang tinggal hanya sesalan dalam diri ..

sesudah saja semua itu berlalu ,,
ia hanya akan menjadi kenangan lampau ,,
ia tak mungkin menjadi masa hadapan ,,
melainkan sejarah mungkin berulang ..

Thursday 16 February 2012

setia pada yang tak sudi_

betapa bermaknanya awak dalam hidup saya,,
sehingga setiap detik yang berlalu ,,
nama awak masih kekal dalam ingatan saya ..
andai awak bahagia hidup tanpa saya ,,
saya terpaksa jua melangkah pergi ..
saya sedar dimana letaknya saya dimata awak ..
mungkin tanpa saya awak lebih bahagia dan bisa tersenyum lebar ..
demi kegembiraan awak ,,
saya rela undur diri ..
 saya akan pergi biarpun saya tak berdaya melakukannya ..
saya tak mampu bertahan lagi ,,
mencintai awak sesuatu yang menyakitkan ..
menunggu awak sesuatu yang menyeksakan ..
bila saya mula nekad untuk pergi ,,
api cinta yang pernah membara untuk awak akan saya padamkan ..
takkan ada lagi istilah pencinta setia bila awak mula membiarkan saya pergi .. :((

Monday 13 February 2012

aku umpama pengemis :(

aku coba untuk berbaik dengan kau ..
aku coba untuk melupai masa silam ..
aku coba untuk melupai sakitnya hatiku ..
aku coba menjernihkan keadaan ..
tapi ,, kau menghalangnya ..
kau menafikan semua yang telah aku buat itu ..

kenapa ??
aku tegur kau , aku panggil kau tapi ,,
kau buat tak tahu seolah olah aku tak wujud ..
aku rasa macam tak berguna , 
kelihatan seperti si perempuan tak sedar diri  ,
aku sangat sedih ,pilu seperti tiada daya untuk meneruskan lagi ..
kau buat aku kelihatan seperti kurang kasih sayang ,
kau buat aku kelihatan seperti seorang yang tak tahu malu ,
dan kau buat aku umpama pengemis yang dahagakan cintamu ..

aku hanya ingin dirimu yang dulu ..
yang bisa membuat aku tersenyum selalu dan
bukannya seperti hari ini yang hidup penuh kedukaan :( ..
aku hanya ingin dirimu yang dulu ..
yang selalu mengambil berat dan
bukannya seperti hari ini kau telah mengabaikan diriku :( .. 
aku hanya ingin dirimu yang dulu ..
yang selalu tersenyum indah buatku dan
bukannya seperti hari ini kau langsung tak memandangku :( ..

benar .. kau buat aku umpama pengemis yang tak sedar diri .. 
selalu mengalirkan airmata hanya kerana ingin dirimu yang dulu ..

Saturday 4 February 2012

ku berserah :(

kali ini aku pasrah dengan ketentuan ..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya ..
walaupun aku pergi tanpa kerelaanku ..
jika ada jodoh maka bersamalah kita ..

aku pergi kerana nafasku mulai lelah ..
aku pergi kerana hatiku semakin parah ..
aku pergi kerana hatiku mulai lemah ..
aku pergi kerana langkah kakiku semakin rapuh ..

kasih,,
alasan yang aku bagi adalah satu penipuan ..
senyuman yang aku ukirkan adalah sebuah kepalsuan ..
gembira yang aku tunjukkan adalah satu pembohongan ..
dan semua itu adalah alasan yang tak tersimpan ..

jadi sekali lagi aku nekad menjauhkan diri ..
atau kata lain mengundurkan diri ..
biarlah bagi kau aku telah mati ..

Friday 3 February 2012

: tak layak :

ahh ,,
airmata saya menitis lagi ..
maafkan saya ..anggaplah ini airmata terakhir saya untuk awak ,,
sebab lepas ni saya dah takk akan ganggu awak lagi ..
lepas ni ,, awak daa boleh berbahagia dengan dia tanpa saya didepan awak ..
sebab saya sedar saya hanyalah manusia yang tak layak untuk orang sempurna mcm awak ..
mana mungkinkan awak nak bersama dengan orang macam saya ni . saya tahu ,, awak benar2 mahu saya
pergi dari hidup awak kan . baiklah .. saya akan pergi .. saya akan tunaikan permintaan awak itu ..
andai awak bahagia macam tu okey laa.saya tak mampu nak paksa-paksa awak ..
walau saya menangis air mata darah sekalipun awak tetap tak akan peduli ..

insan yg lemah

pergilah sayang
walau aku tahu kau terlalu berharga untuk aku
walau aku tahu betapa pentingnya kau buat aku
walau aku tahu indahnya hidup aku bila bersama kau
tapi aku juga tahu bahawa kau sudah ada yang punya ..

jadi aku tegaskan pada hati
lupakan kau yang selalu memberi makna
bencikan kau yang tak pernah memahami
buangkan kau dari hati agar dapat tersenyum kembali
tapi terlalu sukar kerana nama kau meliputi seluruh hati yang terluka ini ..

 . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . .. . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . .. . . . . . .. . . .. . . . . . .. . . . . . . . . . . . .

aku benci dengan diri aku ini
aku benci dengan hati yang lemah ini
hati yang merindui manusia itu kembali dalam hidupku
hati yang bagai dihiris belati tajam setiap kali mendengar namanya disebut
hati yang menangisi pemergian manusia itu sejak hari pertama dia melangkah pergi
tapi apa yang boleh aku lakukan ??
hanya menghantarmu dengan pandangan sayu ..