Thursday 28 February 2013

Kamu , realiti atau fantasi ?


Aku seolah-olah hilang ingatan ,
peliknya hanya hilang tentang kamu , segalanya terpadam .
Ingin juga aku abadikan kenangan yang pernah tercipta ,
tapi sayang semuanya aku tidak ingat malah
aku pernah terfikir adakah kamu begitu berharga untukku ?
kerana hanya nama kamu yang bermain dimindaku
sedangkan rupamu , malah siapa kamu aku tidak tahu .

Pernah aku tanya pada orang-orang disekelilingku ,
apakah kita dulu pernah kenal tetapi hampa ,
semuanya tidak tahu malah ada yang tidak mengenalmu .
Mungkin benar , nama kamu sekadar singgah diingatanku .
Mungkin juga sekadar nama di alam lenaku .
Tidak mengapalah , mungkin
nama kamu yang wujud itu hanyalah fantasiku
atau mungkin juga kita pernah bertemu secara realiti
tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku penat mengingatimu
sampaikan ingatan terhadapmu terhapus begitu sahaja .

Entah ingatan aku yang hilang ataupun semuanya mainan khayalan .
Siapapun kamu , aku tidak berharap yang kita akan bertemu lagi
meskipun sekadar di dalam mimpi .


Perempuan itu adalah .................



Kau tahu ,
aku sedih melihat perempuan itu .
Perempuan itu terlalu menjaga hatinya
agar tidak pernah berpaling kepada lelaki lain .
Kenapa ? kerana perempuan itu tahu bahawa
dia tidak mampu mencintai lelaki lain
selain daripada kau seorang .

Perempuan itu terlalu sengsara
antara menerima yang lain ataupun
terpaksa berusaha melupakan kau.
Kedua-dua pilihan itu menyakitkan dia
kerana untuk menerima yang lain
dia terpaksa berpura-pura mencintai
sedangkan untuk melupakan kau seolah-olah
menyuruh perempuan itu menamatkan riwayatnya .
Pilihan yang perempuan itu ada semuanya tidak menyebelahi dia .

Ramai yang kagum dengan perempuan itu
kerana dia mampu menunggu seseorang yang tidak pasti menjadi miliknya .
Ramai juga yang mengeluh simpati untuk perempuan itu
kerana dia terlalu menderita merindui kau yang pergi tanpa jejak .
Anehnya , perempuan itu masih mampu tersenyum bahagia
seolah-olah semua itu tidak wujud dalam hidup dia
seolah-olah semua yang terjadi tidak terkesan dihatinya .

Kau tahu ,
sebenarnya perempuan itu terlalu letih .
Letih untuk mencintai mana-mana lelaki yang hadir
letih untuk terus berpura-pura bahagia
letih untuk menanggung rasa yang begitu membebankan .
Perempuan itu terlalu berusaha menyembunyikan air mata .
Air mata yang turun tanpa diundang ketika sepi mencengkam dada .

Kau tahu ,
perempuan itu sudah penat .
Penat untuk mengetahui segala-galanya yang berkaitan dengan kau .
Kenyataannya , perempuan itu adalah AKU ... !

Tuesday 26 February 2013

Stay - Bigbang



Best je dengar lagu ni . Tambah-2 dengar part Daesung dan Seungri . *melting* ..


p/s : KangDaeSung .. saranghae :)