Wednesday, 25 April 2012

tetap sayang awak .

awak ,

serata dunia saya mencari awak , untuk mendapatkan cinta yang saya idamkan selama ini .
seluruh pelosok dunia saya merantau mencari kehidupan saya yang telah awak bawa pergi .

awak ,

bila saya tersedar , rupanya cinta itu ada didepan mata saya , saya gembira tak terkata .
hanya dengan sebuah renungan , awak buat saya jatuh tersungkur ke penjara hati awak .
saya tak dapat membohongi bahawa saya sangat menyayangi awak .
dan disaat saya mencintai awak , saya terjatuh ke dasar perasaan yang paling dalam .
lemas dan tenggelam dalam lautan kasih sayang yang telah mula tercipta .

awak ,

saat saya ingin menggapainya , dia yang terlebih dahulu menarik awak kepadanya .
cinta saya yang telah awak miliki , awak campak begitu sahaja , seolah tiada ertinya .
awak buang kasih saya ke dasar kecewa yang terlalu dalam , sehingga saya tak mampu menyelam .
disana saya tak mampu melihat cahaya mahupun sedikit simpati daripada awak .

saya sangat kecewa bila awak kata awak sebenarnya tidak pernah menyukai saya .
bertambah kecewa apabila awak kata sebenarnya hati awak membenci saya .
kenapa baru sekarang awak berterus terang dengan saya setelah seluruh hati saya serahkan pada awak .
saya cuba memujuk diri dengan mengatakan mungkin awak hanya bercanda dengan saya .
mungkin awak hanya mahu menguji keteguhan cinta saya pada awak .
tapi saya sedar , apa yang awak katakan itu semuanya benar , datang daripada hati awak sendiri .
saat itulah saya sedar , semua yang berlaku bukan suatu mimpi ngeri mahupun imaginasi saya ,
semuanya adalah realiti , satu takdir yang menbuatkan saya terkelu , memikirkan apa yang bakal terjadi ,
memikirkan bagaimana hidup saya tanpa awak disaat kerinduan mula menyapa .

awak ,

bagaimana harus saya bencikan awak sedangkan setiap waktu yang berdetik hati saya menyeru nama awak .
bagaimana harus saya berlagak kuat didepan mereka sedangkan saya tak mampu berdiri lagi .
bagaimana harus saya tersenyum riang seolah-olah tiada apa yang terjadi sedangkan hati saya sentiasa menangis .

awak ,

melangkah pergi meninggalkan awak , telah mengambil seluruh kekuatan yang saya punya .
perlahan-lahan saya berjalan tanpa arah tujuan semata mata untuk menyedarkan diri bahawa awak telahpun pergi,
awak pergi ke dakapannya yang mampu membuat saya menangis tanpa menghiraukan sekeliling .
meraung , merintih , mengenangkan cinta yang tak berbalas , dimana rasanya sangat menyakitkan .

sebelum saya melangkah dari kehidupan awak , saya mahu menyatakan bahawa hati saya hanya untuk awak .
takkan mungkin ada yang mampu mengambilnya selagi nadi saya mendenyutkan cinta buat awak .

awak ,

kerana saya mencintai awaklah saya membuat keputusan yang sangat berat ini untuk undur diri .
saya lakukan semua ini hanya untuk melihat awak bahagia biarpun bukan dengan saya .
saya sedar selama ini saya hanya bertepuk sebelah tangan , hanya menyapa angin yang lalu .
saya tahu , tak mudah mengubah perasaan orang lain untuk menerima kehadiran kita .
mungkin rambut sama hitam , tetapi perasaan berbeza mengikut kata hati yang pandangannya tidak sama .
saya cuba jujur pada diri , yakin mampu melupakan awak , tapi ternyata saya lemah , tak mampu
untuk melakukan kebohongan itu lagi yang akhirnya hanya bisa membuat saya terluka sendiri .

awak ,

izinkan saya terus mencintai awak , biarpun tanpa melihat awak didepan mata saya , biarpun awak bahagia bersama dia ,
biarpun musim silih berganti , biarpun jasad saya dah tak bernyawa lagi . :((

Friday, 13 April 2012

kawan , dimana dirimu ?

kawan ,
mana janji kau dulu
kata ingin bersama selamanya
menghadapi semua dugaan hidup
walau berat mana ujiannya
kau akan tetap berada disisiku ..


kawan ,
kini aku sendirian
hidup dalam kesepian
hanya air mata yang menemani
tiada lagi gelak tawamu
kata-kata gurauan mesra untukku
perbalahan kecil yang mengeratkan kita
pergi makan berjalan bersama-sama
saling memberi sokongan ketika diri mula lemah
dan semua itu tak mungkin tercipta lagi
kau jauh dariku , langsung tiada sayang buatku
kau tinggalkan aku tanpa pesanan
yang terkebil-kebil dalam penantian ..

p/s : aku rindu kau kawan !

Tuesday, 27 March 2012

jatuh cinta lagi

ya Allah ,
kenapa rasa cinta ini hadir lagi
hadir untuk dia yang terlalu baik bicaranya
perasaan ini sama ketika bersama cintaku dulu ..

aku takut untuk jatuh cinta lagi
kerana takut kasih ini terabai kembali
seperti hatiku dulu yang mencintai tanpa dicintai ..



tapi hakikatnya aku memang sudah jatuh cinta
pada dia yang baru ku kenal rapat , yang sering ku ketemu ,
yang bibirnya sering menguntum senyuman yang manis ..

p/s ; dia mengajarku erti senyum selalu dan aku jatuh cinta lagi :)) <3

Friday, 16 March 2012

bila cinta KITA tak berbalas ?

salam ..

hari ni aku nak share satu pandangan dengan korang .. tajuk entri aku kali ni memang simple , "BILA CINTA KITA TAK BERBALAS" .. haha kasi gempakk sikit kan ?? . aku sebagai seorang blogger perempuan , amat memahami perasaan perempuan2 diluar sana yang mencintai seseorang tapi malangnya cinta tak berbalas . sakit kan rasanya ?? haha aku rasa sakit jugak , sama cam kamu , tapi ingat , mungkin orang tu bukan yang terbaik untuk kita . kalau kita still teruskan jugak mungkin hati kita akan sakit berganda-ganda . so , better kita lepaskan dia awal-awal supaya kita tak rasa sakit kemudian hari . lekk la , ingat kata-kata ni , KUMBANG BUKAN SEKUNTUM (aku tahu kamu suka manusia , bukan kumbang) , kalau dia tak suka kat kita , baik angkat kaki cepat2 dan cari someone yang lebih terbaikkkk daripada lelaki tuu . okey gurls , jangan tunjuk yang kita ni lemah bila cinta ditolak , sebab ianya 1 ujian yang pahit (kopi lagi pahit nyah!) yang perlu kita hadapi supaya kita lebih berhati-hati dalam memberi hati pada mereka yang mengerti . jangan mudah mengalirkan airmata kamu wahai perempuan2 sekalian dan jangan cuba2 nak bunuh diri sebab cinta . cuba bersikap lebih matang sikit . ingat , kalau kamu bunuh diri , kamu yang rugi and sah2 lah lelaki tu yang hidup senang-lenang . kalau kamu terus menagih kasih pada yang tak sudi , hah memang bodohlah (maaf terkasar sikit ) kamu sebab lelaki akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kamu . dah tahu lelaki tu tak nak kat kita , jangan menunggu dia lagi .


p/s: SINGLE itu lebih baik kan :))

Wednesday, 14 March 2012

akhirnya ku lepaskan jua

alhamdulillah , akhirnya aku dapat jugak terima kenyataan yang cinta ini tak dapat lagi diselamatkan . huuhuu .. aku percaya semua tu dah tertulis and itu merupakan satu takdir yang perlu aku terima . lepas ni aku mesti kuatkan semangat untuk mulakan hidup baru tanpa nafas cintanya . aku tak risau pun bila cinta ni bertepuk sebelah tangan sebab aku yakin Allah itu maha Adil dan mungkin ada insan yang lebih terbaik daripada dia . aku sedar risiko mencintai seseorang yang sudah berpunya . lambat laun semua ini pasti terbongkar jua . dan sekarang aku dah kantoi . hehee . maafla , aku mengaku yang aku sukakan kau , sayangkan kau , cintakan kau , tapii ...... tuu dulu bro . sekarang dah takde lagi rasa untuk kau . nak tahu kenapa aku yang cinta mati kat kau ni cam senang-senang je dapat lupakan kau ?? sebabnya bila aku dapat tahu daripada bff aku yang rupanya kau mengutuk aku dari belakangkan ?? ngaku jelaa . aku marah ni , marah sangat-sangat tapi bukan bermaksud aku nak bunuh kau . haha , kalau ye sekalipun kau tak suka aku sukakan kau , jangan lorh cakap belakang-belakang , cakap la depan-depan , insyaAllah aku tak marah . aku tahu takde sape-sape yang boleh paksa perasaan kita kan ? macam tu jugak dengan aku , aku takkan paksa kau lagi .. :)) aku dah lupakan kau , aku dah tak anggap kau MAHIR aku lagi . biarkan saja ianya terkubur tanpa tanda ! cewahh , jiwang kejap . >__< .. itu sebenarnya yang kau nak dengarkan ? fine , aku dah tunaikan untuk kau . last thing aku nak cakap , semoga bahagia dengan dia kawan . tu pun kalau kau masih sudi berkawan dengan aku .
wah , lame dah rase tak update blog ni . sebenarnya aku rasa nak delete je blog ni , nak bagi terhapus semua luahan aku dulu tapi sayang ler plak sebab susah woo nak buat , berbelit-belit cam samy vellu .. o0ppss ! sori samy. hakhakhak .. sebenarnya banyak kes yang berlaku sejak blog ini diciptakan . aku sedar blog aku ni dah beberapa kali bertukar nama , nak bagi kena dengan jiwa tapi sekarang aku rasa aku lebih suka gunakan nama aku sendiri . well , mungkin itu yang terbaik bagi aku dan seseorang tu . aku tak nak nanti hubungan diorang renggang disebabkan blog aku ni .. adehh , nasib badan aku lah sebab PERNAH 'tersukakan' pakwe dia tu . hahaha sori kawan . aku dah tak suka lagi kat pakwe kau tu . and aku jugak selalu doakan korang bahagia bersama . aku tak berdendam taw dengan korang sebab aku sedar cinta tak perlu dipaksa . kau jaga dia dengan baik-baik ek , sebab dia pernah jadi kawan aku dulu . entah macam mana la boleh renggang hubungan persahabatan kami ni . haiyaaa .. tapi tak kisahla macam manapun asalkan aku dah dapat terima kau dengan dia . sumpah , aku dah takde sikit pun perasaan kat pakwe kau . kau boleh hidup tenang la lepas ni dengan dia and aku terpaksa tahankan diri aku beberapa bulan je lagi and pastu aku dah takkan mungkin muncul depan korang lagi .. wahh ,, tak sabar rasanya aku nak pergi jauh-jauh dari hidup korang supaya nanti kau tak tersalah anggap lagi .. :)))

Friday, 9 March 2012

dilema

saya nak sangat berhenti mencintai awak tapi saya tahu saya tak pernah mampu . saya sayang awak sangat sangat sebab awaklah orang pertama buat saya rasa lengkap . saya tahu dan saya amat sedar yang awak dah ada dia tapi saya masih mahu berharap . saya selalu menyakiti hati saya sendiri tanpa sedar . kenapalah saya tak pernah mahu merelakan awak pergi . kadang kala saya berfikir , bagaimana satu hari nanti bila kita jauh , dan saya tak mampu lagi melihat awak didepan mata saya ., adakah saya masih boleh bernafas lega ataupun saya akan separuh mati kerana merindui awak . tolong lah , saya nak sangat tahu apa rasa awak pada saya , tapi saya juga takut jawapan awak akan melukai hati saya lagi . mungkin ke saya patut duduk diam macam selalu dan menunggu awak dalam diam , ataupun saya patut menunggu sehingga kudrat saya dah tak berdaya nak mencintai awak lagi ? . saya tak tahu apa pilihan saya sekarang . Tuhan , bantu hambaMu ini . :((