Thursday, 13 September 2012

kepada awak yang dulu ~






kepada awak yang dulu ,

hari ini saya mahu luahkan semuanya . bukan saya sengaja berhenti mencintai awak tapi kerana hati saya ni terlalu lelah menanti awak . macam orang bodoh saya awak buat . maaf awak , saya dah penat tanggung rasa ini sendirian . sedangkan awak pergi tanpa apa apa pesanan . membuatkan saya diam terkelu , tak mengerti apa salah silap saya . cukuplah , dah tiba saatnya saya perlu menerima hakikat bahawa awak takkan berpaling pada saya lagi .

sekuat manapun saya cuba bertahan , hati awak tak pernah terusik pun , hati awak tak pernah ada untuk saya walau picisan pun . saya tak kisah saya sakit asal awak bahagia dengan cinta awak . saya yang bodoh sebab terlalu mengharapkan awak sedangkan awak tak pernah memberi saya apa apa harapan .

undur diri mungkin satu jalan yang terbaik kan ? ya , itulah yang saya telah lakukan sekarang . saya pergi , saya mengalah , saya penat untuk terus bertahan tanpa jawapan . saya tahu , ini yang awak mahukan dari dulu lagi .

maaf sebab tak mampu lagi untuk setia pada awak . air mata saya pun kenal erti jemu apatah lagi hati saya yang sudah lelah dengan penantian ini . melepaskan bukan membenci tetapi kerana hati cukup kuat untuk mencari bahagia yang telah lama menghilang dalam diri . awak dah menjadi sejarah masa lalu saya sekarang .

tak perlulah awak mengelakkan diri dari saya lagi sekarang ni , sebab saya dah tak punya apa apa lagi perasaan pada awak . saya takkan berubah hati lagi untuk mencintai awak . sebab saya telah pun padamkan nama awak dari hati saya sebagaimana air laut menghilangkan tulisan-tulisan di atas pasir pantai .




best baca ayat dalam blog dia . sedih , pedih , semua aku pernah rasa dan sedang rasa .. 

for my IMAM will be :)


Mr.Ungu ,
ni lagu untuk awakk .
yang mewakili rasa hati saya .
SAYA SUKA AWAKK ! :)

menyerah pada hati ..


Mungkin hatimu bersuka
Saat hatiku merasa tersiksa ..
Mungkin raga ku takkan menyerah
tetapi hatiku pasti akan lelah ..
telah ku jalani
semua rasa yang menyayat hati
yang merintih di gelap malam yang sunyi
sementara kau menjauh dan pergi ..
dapatkah kau sedari itu
menyedari rasa dalam hati ku ..
aku tak mengerti akan hati yang kau miliki ..
tetapi akhirnya aku akan menyerah pada hatiku ..
biarku terus begini , menjalani hidup sendirian ..

Aku lelah ...

Aku lelah ..
kala mentari tak lagi menghangatkan hatiku
Aku lelah ..
kala sang malam tak mampu lagi meneduhkan perasaanku
Aku lelah
mengagumimu yang tak pernah menyelami perasaanku
Aku juga lelah
kala kau tau perasaanku namun kau hanya membisu bersama rasamu ..
sudah lama kusimpan rautmu dicermin kerinduanku ..
merendamkan bait-bait rindu yang hanya terendam lara
meninggalkan cerita indah yang semula tanpa rencana
adakah kau juga merindukanku?
namun hari ini,aku tarik langkahku dari perasaan itu
kerana segaris wajah itu tak sanggup untuk menjauhimu
maafkan aku yang tak sopan mengganggu cela dihatimu
dan kini ku ikhlaskan segalanya
melarut indah bersama harapan yang tak kunjung bertepi ..

Lelah langkahku


Aku hanya bebayang hitam
Yang tak pernah kau pedulikan ..
Aku hanya ingin buat kamu terindah dalam hatiku ..
Sepertinya aku tak mampu buktikan apapun kepadamu ..
Kerana bias matamu semakin tertutup ..
Sia-sia sudah harapanku ..
Aku lelah dalam cerita ini ..
Ku mohon berikan episod terakhir untukku ,
Karena derita kurasa perasaanku terhadapmu ..
maafkan aku yang mencoba untuk mencari celah dalam hatimu ..
Yang mungkin telah terkunci untukku ..
Maafkan egoku, yang tak mengerti perasaanmu ..
Karena semakin berat kaki ini tuk melangkah… Meraih cintamu ..
Bukan maksud hati untuk sakitimu ..
Kerana kamu pernah jadi inspirasi terindahku ..
Nafas perjuanganku telah temui titik lelah
Maafkan aku ..
Aku tak sekeras yang kau kira ..
Kuakui kau mampu membakar aliran darahku ..
Tapi kenyataan kau tak seindah yang kukira ..

sakitku mencintaimu

aku menangis ..
air mata yang cuba ditahan , mengalir jua .
bahkan semakin deras mengalir turun .
aku menangis ..
tak ingin tahu dan dengarkan kenyataan ini .
terlihat dia bahagia bersama cintanya .
ada perasaan senang bahkan sakit sekaligus .
aku senang dia bahagia , aku sakit kerana cemburu .
sampai suatu saat aku masih mahu berkata :
 " aku masih cintakan kamu , maafkan aku ! "
aku tak mahu mengganggu hidupmu lagi .
mungkin ini terakhir kalinya aku berkata
kerana kau tahu aku mencitaimu , selalu mencintaimu .
walaupun mencintaimu itu rasanya terlalu sakit .