Friday, 19 October 2012

Duhai Bakal Imamku ..

Assalamualaikum ..

Wahai bakal Imamku ,
aku disini sentiasa berdoa ,
agar jodoh berpihak pada kita ,
dan takdirku membawa cinta ini kepadamu ,
biar dunia menentang perasaan kita ,
jika ada jodoh kita akan bersama .

Bakal Imamku ,
cukuplah aku mencintaimu dalam hati
menyalurkan lewat doa-doa disetiap sujudku ,
dan aku menjagamu melalui Allah ..


p/s : daripada Bakal Makmum mu .. :)

Friday, 21 September 2012

TUHAN , JAGAKAN DIA





Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

*TUHAN , jagakan dia , dia kekasihku , kan tetap milikku * 
<3 AA <3

Thursday, 20 September 2012

Maafkan Aku Hati





Hati ,
maafkan aku .
kau terpaksa terluka lagi
sama ada kau rela mahupun tidak .
ini sebenarnya bukan pintaku .
namun apa daya ia terjadi juga .

Hati ,
maafkan aku .
kau harus reda untuk melupakan dia .
kau harus bersedia untuk berpisah .
bersedia untuk mengosongkan memori minda .

Hati ,
maafkan aku .
kau harus hidup kembali .
jangan mengalah dengan dugaan ini .
sebab aku ingin terus berjuang .
mencari jalan hidupku sendiri .




Saturday, 15 September 2012

jiwanggg jap :)

andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu..
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.
andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,
usah kau gusar kerana aku juga ingin memberi ruang untuk diriku..
andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,
usah kau usap kerana biarlah aku membasuh kekecewaan hatiku..

sekali aku dapat aku takkan mudah untuk lepaskan lagi 
tetapi bila aku dah lepaskan aku takkan pernah mahu mencari lagi ..

aku tidak takut untuk mengungkapkan 'aku cintakan kamu'
tetapi aku takut untuk mendengarkan jawapan yang bakal aku terima ..

Friday, 14 September 2012

exam oh exam ~



Muahaha , exam ? pergh dengar je perkataan keramat tuu , semua mesti mengeluh , berdebar , macam-macam ayat dapat kita dengar , 'aku tak ready lagi lhaa , aku serabut lhaa , aku tension lhaa , macam-macam gaya semua "banduan" SPM . aku cakap ni sebab aku sendiri yang alami . *hehee* .

okay la , hari rabu 12.9.2012 , aku and kawan-kawan yang lain dah selamat menduduki TRIAL SPM .
soalan yang kitaorang dapat , perghhh memang terbaikkk ahh ! soalan macam nak bagi yang tengah stress , makin stress !! *sobsob*. termasuk laa dengan aku yang sememangnya tak berapa minat nak jawab exam . hahaha . stress betoiiii daaa . nasib baik aku takk jadi gila . =,= . Tapi kan , time nak jawab exam trial ni , aku ada semangat lebihh . Jeng-jeng-jeng , apakah ?? .

Hmm , orang yang aku minat , exam sekali dengan aku * i mean ramai-2 la , bukan kitaorang dua je* . yaaaaaa bedaaa beeduuuu !! *puii , gatal aku neh* :)) .tak de la , just jadi inspirasi aku untuk lebih bersemangat and tak de la lemah semangat je , kan ? kan ? . time aku tak boleh jawab soalan yang "senang" tuu , aku curi-2 la tengokk dia , auww-2 *ohsem* .*cair* . masukk terus jawapan yang tak ingat tadi . *aish, ade ke patut =,=* .

sampai sekarang aku masih berdebar dengan addmath , biologi , chemistry , prinsip akaun . :(  tak tau nape subjekk tu susah *sigh* . terukkk . benci .

p/s: okay , aku da malass nak cerita pasal exam . mod nak rest sekarang ni , layan jiwangg jap *hehe* .

 SPM stand for ? Sjil Perkahwinan Muda ? oh No !!
Semua Pelajar Menangis ? okay boleh diterima . muahaha

Thursday, 13 September 2012

kepada awak yang dulu ~






kepada awak yang dulu ,

hari ini saya mahu luahkan semuanya . bukan saya sengaja berhenti mencintai awak tapi kerana hati saya ni terlalu lelah menanti awak . macam orang bodoh saya awak buat . maaf awak , saya dah penat tanggung rasa ini sendirian . sedangkan awak pergi tanpa apa apa pesanan . membuatkan saya diam terkelu , tak mengerti apa salah silap saya . cukuplah , dah tiba saatnya saya perlu menerima hakikat bahawa awak takkan berpaling pada saya lagi .

sekuat manapun saya cuba bertahan , hati awak tak pernah terusik pun , hati awak tak pernah ada untuk saya walau picisan pun . saya tak kisah saya sakit asal awak bahagia dengan cinta awak . saya yang bodoh sebab terlalu mengharapkan awak sedangkan awak tak pernah memberi saya apa apa harapan .

undur diri mungkin satu jalan yang terbaik kan ? ya , itulah yang saya telah lakukan sekarang . saya pergi , saya mengalah , saya penat untuk terus bertahan tanpa jawapan . saya tahu , ini yang awak mahukan dari dulu lagi .

maaf sebab tak mampu lagi untuk setia pada awak . air mata saya pun kenal erti jemu apatah lagi hati saya yang sudah lelah dengan penantian ini . melepaskan bukan membenci tetapi kerana hati cukup kuat untuk mencari bahagia yang telah lama menghilang dalam diri . awak dah menjadi sejarah masa lalu saya sekarang .

tak perlulah awak mengelakkan diri dari saya lagi sekarang ni , sebab saya dah tak punya apa apa lagi perasaan pada awak . saya takkan berubah hati lagi untuk mencintai awak . sebab saya telah pun padamkan nama awak dari hati saya sebagaimana air laut menghilangkan tulisan-tulisan di atas pasir pantai .




best baca ayat dalam blog dia . sedih , pedih , semua aku pernah rasa dan sedang rasa ..