Wednesday 25 April 2012

tetap sayang awak .

awak ,

serata dunia saya mencari awak , untuk mendapatkan cinta yang saya idamkan selama ini .
seluruh pelosok dunia saya merantau mencari kehidupan saya yang telah awak bawa pergi .

awak ,

bila saya tersedar , rupanya cinta itu ada didepan mata saya , saya gembira tak terkata .
hanya dengan sebuah renungan , awak buat saya jatuh tersungkur ke penjara hati awak .
saya tak dapat membohongi bahawa saya sangat menyayangi awak .
dan disaat saya mencintai awak , saya terjatuh ke dasar perasaan yang paling dalam .
lemas dan tenggelam dalam lautan kasih sayang yang telah mula tercipta .

awak ,

saat saya ingin menggapainya , dia yang terlebih dahulu menarik awak kepadanya .
cinta saya yang telah awak miliki , awak campak begitu sahaja , seolah tiada ertinya .
awak buang kasih saya ke dasar kecewa yang terlalu dalam , sehingga saya tak mampu menyelam .
disana saya tak mampu melihat cahaya mahupun sedikit simpati daripada awak .

saya sangat kecewa bila awak kata awak sebenarnya tidak pernah menyukai saya .
bertambah kecewa apabila awak kata sebenarnya hati awak membenci saya .
kenapa baru sekarang awak berterus terang dengan saya setelah seluruh hati saya serahkan pada awak .
saya cuba memujuk diri dengan mengatakan mungkin awak hanya bercanda dengan saya .
mungkin awak hanya mahu menguji keteguhan cinta saya pada awak .
tapi saya sedar , apa yang awak katakan itu semuanya benar , datang daripada hati awak sendiri .
saat itulah saya sedar , semua yang berlaku bukan suatu mimpi ngeri mahupun imaginasi saya ,
semuanya adalah realiti , satu takdir yang menbuatkan saya terkelu , memikirkan apa yang bakal terjadi ,
memikirkan bagaimana hidup saya tanpa awak disaat kerinduan mula menyapa .

awak ,

bagaimana harus saya bencikan awak sedangkan setiap waktu yang berdetik hati saya menyeru nama awak .
bagaimana harus saya berlagak kuat didepan mereka sedangkan saya tak mampu berdiri lagi .
bagaimana harus saya tersenyum riang seolah-olah tiada apa yang terjadi sedangkan hati saya sentiasa menangis .

awak ,

melangkah pergi meninggalkan awak , telah mengambil seluruh kekuatan yang saya punya .
perlahan-lahan saya berjalan tanpa arah tujuan semata mata untuk menyedarkan diri bahawa awak telahpun pergi,
awak pergi ke dakapannya yang mampu membuat saya menangis tanpa menghiraukan sekeliling .
meraung , merintih , mengenangkan cinta yang tak berbalas , dimana rasanya sangat menyakitkan .

sebelum saya melangkah dari kehidupan awak , saya mahu menyatakan bahawa hati saya hanya untuk awak .
takkan mungkin ada yang mampu mengambilnya selagi nadi saya mendenyutkan cinta buat awak .

awak ,

kerana saya mencintai awaklah saya membuat keputusan yang sangat berat ini untuk undur diri .
saya lakukan semua ini hanya untuk melihat awak bahagia biarpun bukan dengan saya .
saya sedar selama ini saya hanya bertepuk sebelah tangan , hanya menyapa angin yang lalu .
saya tahu , tak mudah mengubah perasaan orang lain untuk menerima kehadiran kita .
mungkin rambut sama hitam , tetapi perasaan berbeza mengikut kata hati yang pandangannya tidak sama .
saya cuba jujur pada diri , yakin mampu melupakan awak , tapi ternyata saya lemah , tak mampu
untuk melakukan kebohongan itu lagi yang akhirnya hanya bisa membuat saya terluka sendiri .

awak ,

izinkan saya terus mencintai awak , biarpun tanpa melihat awak didepan mata saya , biarpun awak bahagia bersama dia ,
biarpun musim silih berganti , biarpun jasad saya dah tak bernyawa lagi . :((

No comments:

Post a Comment