Thursday 28 February 2013

Perempuan itu adalah .................



Kau tahu ,
aku sedih melihat perempuan itu .
Perempuan itu terlalu menjaga hatinya
agar tidak pernah berpaling kepada lelaki lain .
Kenapa ? kerana perempuan itu tahu bahawa
dia tidak mampu mencintai lelaki lain
selain daripada kau seorang .

Perempuan itu terlalu sengsara
antara menerima yang lain ataupun
terpaksa berusaha melupakan kau.
Kedua-dua pilihan itu menyakitkan dia
kerana untuk menerima yang lain
dia terpaksa berpura-pura mencintai
sedangkan untuk melupakan kau seolah-olah
menyuruh perempuan itu menamatkan riwayatnya .
Pilihan yang perempuan itu ada semuanya tidak menyebelahi dia .

Ramai yang kagum dengan perempuan itu
kerana dia mampu menunggu seseorang yang tidak pasti menjadi miliknya .
Ramai juga yang mengeluh simpati untuk perempuan itu
kerana dia terlalu menderita merindui kau yang pergi tanpa jejak .
Anehnya , perempuan itu masih mampu tersenyum bahagia
seolah-olah semua itu tidak wujud dalam hidup dia
seolah-olah semua yang terjadi tidak terkesan dihatinya .

Kau tahu ,
sebenarnya perempuan itu terlalu letih .
Letih untuk mencintai mana-mana lelaki yang hadir
letih untuk terus berpura-pura bahagia
letih untuk menanggung rasa yang begitu membebankan .
Perempuan itu terlalu berusaha menyembunyikan air mata .
Air mata yang turun tanpa diundang ketika sepi mencengkam dada .

Kau tahu ,
perempuan itu sudah penat .
Penat untuk mengetahui segala-galanya yang berkaitan dengan kau .
Kenyataannya , perempuan itu adalah AKU ... !

No comments:

Post a Comment