Thursday 13 September 2012

kepada awak yang dulu ~






kepada awak yang dulu ,

hari ini saya mahu luahkan semuanya . bukan saya sengaja berhenti mencintai awak tapi kerana hati saya ni terlalu lelah menanti awak . macam orang bodoh saya awak buat . maaf awak , saya dah penat tanggung rasa ini sendirian . sedangkan awak pergi tanpa apa apa pesanan . membuatkan saya diam terkelu , tak mengerti apa salah silap saya . cukuplah , dah tiba saatnya saya perlu menerima hakikat bahawa awak takkan berpaling pada saya lagi .

sekuat manapun saya cuba bertahan , hati awak tak pernah terusik pun , hati awak tak pernah ada untuk saya walau picisan pun . saya tak kisah saya sakit asal awak bahagia dengan cinta awak . saya yang bodoh sebab terlalu mengharapkan awak sedangkan awak tak pernah memberi saya apa apa harapan .

undur diri mungkin satu jalan yang terbaik kan ? ya , itulah yang saya telah lakukan sekarang . saya pergi , saya mengalah , saya penat untuk terus bertahan tanpa jawapan . saya tahu , ini yang awak mahukan dari dulu lagi .

maaf sebab tak mampu lagi untuk setia pada awak . air mata saya pun kenal erti jemu apatah lagi hati saya yang sudah lelah dengan penantian ini . melepaskan bukan membenci tetapi kerana hati cukup kuat untuk mencari bahagia yang telah lama menghilang dalam diri . awak dah menjadi sejarah masa lalu saya sekarang .

tak perlulah awak mengelakkan diri dari saya lagi sekarang ni , sebab saya dah tak punya apa apa lagi perasaan pada awak . saya takkan berubah hati lagi untuk mencintai awak . sebab saya telah pun padamkan nama awak dari hati saya sebagaimana air laut menghilangkan tulisan-tulisan di atas pasir pantai .



No comments:

Post a Comment